Saturday, June 2, 2012

Perihal durian dan ubat untuk ibu mengandung

Semalam hubby keluar beli barang2 untuk masak spaghetti meat ball di tesco. Dalam hati, rajin pulak dia nak masak malam2 ni..
sampai rumah je, ade bau semerbak menusuk sensitiviti hidung ni. Al maklum la, ibu mengandung,memang agak sensitive dengan bau-bau ni (baru 3 bulan kot). Tengok2 buah durian. Telan jugak air liur ni tengok buah durian yang gemok2 n kuning2 tu. Pastu hubby cakap takpe makan sikit. Tapi takut la nak makan,nanti yang sakit saya n baby..so tengok je la.huhu..
Hari ni, ayah mertua saya (abi)sebut2 nak makan pulut durian. Lepas je makan tengahari kat restaurant mat ayam kampung dekat serdang, nampak ade gerai jual durian. Hubby beli 2 biji. Besar jugak. sampai umah, umi terus buat pulut durian. Haiiii.. dari semalam telan air luir je, hari ni mesti kena jamah durian tu. siap je pulut tu masak, saya ambik seulas n makan dgn pulut n santan. Ya rabbi..sedap dan nikmatnya dapat makan durian. takut jugak nak makan lebih-lebih, dah la ubat belum makan lagi, so saya makan seulas je la. Ilangkan terliur yang dari semalam..thank you umi sebab masak pulut durian yang sedap.hehe..
Hubby cakap,kalau nak makan ubat kena tunggu 6 jam selepas makan durian. Betul ke? Tapi saya makan durian seulas je.. Ada sesiapa tahu tak, sejauh mana kebenaran ni. Saya pulak baru mengandung 3 bulan, jadi perlu la alert pasal makanan dan ubat. Mintak tolong komen ye bagi sesape yang ada info pasal ni. Thank u!! :D

Luv,
Theplainlady
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

5 comments:

  1. yg utk ibu mgandung tu ubat ke vitamin...klu vitamin mcm asid folic, b compleks and etc xpe makan dgn durian pun...cuma xleh makan durian tu banyak sbb panas...tu je

    ReplyDelete
  2. oh..kire boleh makan vitamin sebelum or selepas makan durian ek..ok, thanks for info. :D tak berani makan banyak, sebab takut jadi pape. Dah serik kua masuk KPJ Kajang. :(

    ReplyDelete
  3. So makan acid folic boleh MKN pulut durian ye ? Saya xpreggy tapi merancang nak Beby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la mcm sy, xpreggy tp merancang utk preggy. Sy amalkan asid folik baru 2 bulan, xpe ke asid folik dgn durian? Sb semalan sy makan asid folik wktu pagi lps tu trus makan buah durian sb xthan terliur sgt, dan keesokan harinya mata sy jd senak sgt. Adakah berpunca dr asid folik dan durian?

      Delete
  4. Sama la mcm sy, xpreggy tp merancang utk preggy. Sy amalkan asid folik baru 2 bulan, xpe ke asid folik dgn durian? Sb semalan sy makan asid folik wktu pagi lps tu trus makan buah durian sb xthan terliur sgt, dan keesokan harinya mata sy jd senak sgt. Adakah berpunca dr asid folik dan durian?

    ReplyDelete

Thank you for your comments
Please visit http://theplainlady.blogspot.com again